Pelbagai kategori masakan dan kraftangan telah dipertandingkan semasa majlis tersebut berlangsung yang mana terbuka penyertaannya kepada penduduk yang tinggal di Kg Penanjong seperti Anekarasa masakan Rendang Daging, Panggang Ayam, Kukus Ikan, Udang dan kreativiti masakan dari buah-buahan seperti betik, pisang dan ubi kayu.
Selain itu, kategori kraftangan seperti menggubah dari bahan perca kain, bekas kotak kertas dan melekat manik pada baju juga dipertandingkan. Bagi peserta lelaki diadakan pertandingan hasil kraftangan dari bahan kayu dan juga acara spontan membuat candas.
Tetamu Kehormat telah dibawa menyaksikan pameran hasil pertandingan masakan dan kraftangan sebelum acara majlis dimulakan. Dyg Hjh Rusni binti Tunggal selaku Pengerusi Majlis telah memberikan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan persembahan lagu dakwah oleh Beliawanis PERDA.
Selain menyaksikan pertandingan membuat candas secara spontan bagi lelaki, hadirin juga disajikan dengan acara "Tirulah Masakan Selera Saya" secara spontan yang mana tiga peserta terdiri daripada para suami menceritakan bahan cara memasak satu masakan kegemaran mereka.
Di akhir acara, Tetamu Kehormat telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderamata kepada para hakim.
0 comments:
Post a Comment