HOMEPAGE AND BLOGGER.COM »

Thursday, 16 December 2010

Bengkel 'Remaja Positif' 2010

Bengkel ‘Remaja Positif’ anjuran PERDA dan Takmir Masjid Kg Penanjong 2010

Dari fikiran dan perbincangan yang agak biasa dikalangan beberapa belia dengan YDP PERDA, akhirnya YDP sendiri telah bersetuju untuk menjadi ketua fasilitator bagi satu bengkel khusus buat para remaja Kg Penanjong bertajuk ‘Remaja Positif’.

Bengkel setengah hari ini telah berlangsung pada 7hb Disember 2010, bermula jam 1.30 ptg sehingga 5.45ptg bertempat di Masjid Kampung Penanjong Tutong.


Seramai 14 orang remaja yang terdiri dari penduduk Kg Penanjong telah menyertai bengkel ini.

Ada pun tujuan utama bengkel ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran kepada para remaja akan pentingnya perubahan yang positif dalam diri seorang remaja untuk mencapai kejayaan. Di samping mendengar penerangan-penerangan, kata-kata motivasi dari YDP, berbagai aktiviti yang menarik juga telah diadakan.







Di bengkel ini, Yang Mulia, Yang Di Pertua PERDA telah menjemput Tuan Haji Nasser Ismail, seorang pakar bidang ‘Cognitive Behavioural Psychology’ dan juga merupakan sahabat seperjuangan beliau sebagai fasilitator jemputan. (Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Nasser Ismail.)


0 comments: