HOMEPAGE AND BLOGGER.COM »

Sunday, 28 February 2010

Mesyuarat Perancangan Karnival PERDA 2010

Ahad, 28 Februari 2010 – Satu mesyuarat informal telah diadakan pada jam 8.00 malam bertempat di Restoran Aa Kg Penanjong bagi membincangkan perancangan untuk mengadakan KARNIVAL PERDA 2010. Karnival ini merupakan salah satu projek besar yang akan diungkayahkan oleh Persatuan PERDA.

Mesyuarat pada malam tersebut telah dipengerusikan oleh Awg.Suni Sulaiman, Yang Di-Pertua PERDA. Dalam ucapan pembukaan, beliau menerangkan tujuan utama mesyuarat iaitu bagi membincangkan perancangan untuk mengungkayahkan KARNIVAL PERDA 2010, menyusul dari mesyuarat AJKTT PERDA sebelum ini. Ianya merupakan satu projek yang besar, dengan itu beliau mencadangkan semua setiausaha-setiausaha setiap bahagian (AJK PERDA) untuk mengambil bahagian di dalam karnival itu nanti bagi menggerakkan bahagian masing-masing.
Sebagai mana yang diterangkan oleh YDP PERDA, objektif utama Karnival itu nanti ialah untuk menambah sumber kewangan (tabung persatuan) bagi tujuan membaiki dewan PERDA.

Setelah dipersetujui di dalam mesyuarat, tarikh cadangan (tentatif) bagi mengadakan KARNIVAL PERDA 2010 ini insya-Allah pada 25 Jun hingga 27 Jun 2010 (selama 3 hari). Karnival itu nanti insya-Allah akan diadakan di luar Kampung Penanjong. Di antara tempat-tempat yang dicadangkan ialah Dewan Serbaguna Serambangun Tutong, Pasar Serambangun Tutong dan Kompleks Sukan Daerah Tutong.


Di antara acara, majlis, aktiviti atau kegiatan sukan yang akan diungkayahkan di sepanjang KARNIVAL PERDA 2010 itu nanti ialah:

  • Perlawanan Futsal (bulan Mei atau Jun)
  • Perlawanan Badminton (bulan April atau Mei)
  • Pesta Makanan (Food Carnival)
  • Pertunjukan Kesenian (Art Carnival)
  • Amazing Race / Treasure Hunt
  • Pertandingan Fotografi
  • Fun-Fair: Garage Sale, Car Booth Sale, Pertandingan Permainan Tradisi, Tarik Kalat, Rumah Hantu, Flying Fox, Bouncer dan banyak lagi.
  • Macam-macam ada.
Mesyuarat pada malam itu selesai pada kira-kira jam 10.00 malam. Dalam ucapan penutup mesyuarat, Awg. Suni Sulaiman (YDP PERDA) memberitahu kepada ahli-ahli yang hadir untuk memikirkan lagi jenis-jenis acara, majlis, aktiviti atau kegiatan sukan yang lain yang mungkin dapat juga diungkayahkan semasa KARNIVAL PERDA 2010 itu nanti. Agenda ini akan dibawa pada satu mesyuarat susulan yang akan diadakan lagi nanti bagi menghalusi dan menyelaraskan persiapan untuk mengadakan karnival itu nanti.

Disediakan oleh:
Setiausaha Persuratan, Bahasa dan Kesusasteraan
PERDA, Kg. Penanjong.