Ahad, 28 Disember 2009 – Satu mesyuarat informal telah diadakan pada jam 7.00 malam mengambil tempat di Restoran Aa Kg Penanjong bagi membincangkan perancangan untuk mengadakan Malam Penghargaan Belia PERDA 2009.
Dalam mesyuarat, beberapa perkara telah dibincangkan bagi persiapan majlis tersebut dan setelah ditolak dan tarik, diterima dan direject, majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 9 Januari 2010
Jam: 8.00 malam hingga selesai
Tempat: Kawasan Lapang Bangunan BAKODA, Kg. Penanjong.
Di dalam mesyuarat malam tadi, ahli mesyuarat juga membincangkan beberapa perancangan aturcara majlis tersebut. Di antara acara yang akan diungkayahkan adalah Slideshow Imbasan PERDA 2009, Cabutan Nombor Bertuah dan hiburan Karaoke. Makanan juga akan disediakan, bertemakan ala-ala BBQ.
Sedikit imbasan semasa mesyuarat informal pada malam tersebut yang mana menunjukkan ahli mesyuarat mengutarakan beberapa idea untuk dibincangkan bersama dan akhirnya mendapatkan kata sepakat bahawa Majlis tersebut akan jatuh pada 9 Januari 2010:
Mesyuarat selesai kira-kira jam 9.00 malam.
Disediakan oleh:
Setiausaha Persuratan, Bahasa dan Kesusasteraan
PERDA, Kg. Penanjong.