HOMEPAGE AND BLOGGER.COM »

Thursday, 1 September 2011

Dengan ucapan tulus ikhlas daripada

P E R D A 2011

kepada semua ahli-ahli PERDA , penduduk Kg Penanjong, Tutong dan semua umat Islam di mana jua berada.


Peringatan: Berhati-hati di jalan raya!

Friday, 12 August 2011

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-65 TAHUN


Isteri Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Yang Mulia Puan Wanida-Wati binti Tamat telah berkesudian menjadi Tetamu Kehormat bagi Majlis Pertandingan Anekarasa 'Selera Kita' anjuran Bahagian Wanita PERDA baru-baru ini. Majlis diadakan pada hari Jumaat, 22 Julai 2011 bermula pukul 8.45 pagi bertempat di Dewan PERDA Kg. Penanjong, Tutong.

Pelbagai kategori masakan dan kraftangan telah dipertandingkan semasa majlis tersebut berlangsung yang mana terbuka penyertaannya kepada penduduk yang tinggal di Kg Penanjong seperti Anekarasa masakan Rendang Daging, Panggang Ayam, Kukus Ikan, Udang dan kreativiti masakan dari buah-buahan seperti betik, pisang dan ubi kayu.

Selain itu, kategori kraftangan seperti menggubah dari bahan perca kain, bekas kotak kertas dan melekat manik pada baju juga dipertandingkan. Bagi peserta lelaki diadakan pertandingan hasil kraftangan dari bahan kayu dan juga acara spontan membuat candas.

Tetamu Kehormat telah dibawa menyaksikan pameran hasil pertandingan masakan dan kraftangan sebelum acara majlis dimulakan. Dyg Hjh Rusni binti Tunggal selaku Pengerusi Majlis telah memberikan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan persembahan lagu dakwah oleh Beliawanis PERDA.

Selain menyaksikan pertandingan membuat candas secara spontan bagi lelaki, hadirin juga disajikan dengan acara "Tirulah Masakan Selera Saya" secara spontan yang mana tiga peserta terdiri daripada para suami menceritakan bahan cara memasak satu masakan kegemaran mereka.
Di akhir acara, Tetamu Kehormat telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderamata kepada para hakim.



Tuesday, 9 August 2011

MESYUARAT AGUNG PERDA KALI KE-39, 2011

KEKALKAN AJKTT LAMA DENGAN TANGGUNGJAWAB BARU

Antara ahli-ahli PERDA yang hadir.

Majlis Mesyuarat Agung PERDA Kali Ke-39 telah diadakan pada hari Selasa, 31 Mei 2011 bermula pukul 2.30 petang bertempat di Dewan PERDA, Jln Pengkalan Pinang Penanjong. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh Ustaz Hj Munir bin Hj Buntan.

Di antara agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah Ucapan Dasar Yang Dipertua PERDA Sesi 2009-2010 (Awg Suni bin Hj Sulaiman) yang juga selaku Pengerusi, Menyemak dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Ke-38 serta Perkara-perkara Berbangkit Dari Minit Mesyuarat lepas, Pembentangan Laporan Kegiatan PERDA 2010 oleh Setiausaha Agung I (Awg Ahmadbi bin Hj Othman), Laporan Kewangan PERDA 2010 oleh Bendahari I (Hj Abd Jalil bin Hj Md Jali) dan juga menerima Usul dan Cadangan Daripada Ahli Yang Hadir.

Pembubaran AJKTT dan AJKT PERDA Sesi 2009-2010 juga diumumkan oleh Pengerusi dan seterusnya mengumumkan keputusan pencalonan AJKTT Sesi 2011-2013. Awg Kamaludin bin Hj Tampoi telah dipilih bagi mempengerusikan sementara selepas pembubaran diumumkan. Barisan peneraju PERDA yang terpilih masih menampilkan muka-muka lama yang mana perbezaan hanya dari segi pertukaran jawatan sahaja. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada ahli-ahli yang terpilih kerana masih mendapat kepercayaan penuh sekali lagi daripada ahli-ahli PERDA terutama kepada Yang Dipertua PERDA yang baru, Awg Hj Shahbudin bin Hj Musa dan penampilan wanita PERDA yang pertama menduduki jawatan Naib Yang Dipertua II, Dyg Hjh Rusni binti Tunggal.

Penyampaian sumbangan derma kepada wakil mangsa kebakaran rumah kediaman.

Majlis pada hari itu juga diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma berjumlah $685.00 daripada Badan PERDA dan AJKTT PERDA kepada keluarga Dyg Seri Janai binti Md Salleh yang mana mengalami musibah kebakaran rumah kediamannya di Jln Pengkalan Pinang pada 20 April 2011 yang lalu. Sumbangan disampaikan oleh Penasihat PERDA, Awg Hj Musa bin Edin kepada anak Dyg Seri Janai, Awg Asmad bin Haji Umar.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Sijil Keahlian kepada Ahli-Ahli Baru PERDA yang juga disampaikan oleh Awg Hj Musa bin Edin.

Monday, 8 August 2011

Ramadhan


Thursday, 30 December 2010

KEMUNCAK PROGRAM AKADEMI BADMINTON BELIA PERDA 2010
anjuran
Setiausaha Pemuda Persatuan Pemuda Pemudi Kg Penanjong

berlangsung pada hari Rabu, 29hb. Disember 2010 bertempat di Dewan PERDA Kg Penanjong.

Gambar ramai bersama
Tetamu Khas, Tuan Haji Jumat Bin Hj Abd Kadir, Ketua Kg Penanjong, Tutong.




Persembahan dan Perlawanan yang diadakan pada malam tersebut

Penyampaian Sijil dan Hadiah


Tetamu Khas menerima cenderahati dari
Setiausaha Pemuda, Awang Norasikin Bin Haji Zainal

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat bagi menjayakan acara ini. Akhir kata,
MAJU SUKAN UNTUK NEGARA.

Wednesday, 29 December 2010

PESTA PANCING 2010
PANTAI PERSIARAN PENGKALAN PINANG PENANJONG

anjuran BELIA PERDA KG PENANJONG, TUTONG.

12hb. Disember 2010



Jawatan Kuasa Kerja sibuk-sesibuknya berkeraja keras supaya semuanya
berjalan dengan lancar... Alhamdulilah!


Beberapa adegan ketika peraduan memancing sedang dijalankan




Ikan-ikan yang diperolehi... Hmmm.. Ikan apa saja kan ni??

Di samping memancing di air, pihak penganjur juga berjaya mengadakan peraduan
memancing di darat khusus untuk orang ramai. Dalam pesta ini beberapa permainan rekreasional juga telah diadakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.




Makan..!!! Hehehe..

Gambar Ramai AJK Tertinggi PERDA

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, para peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Pancing 2010 ini.

Wednesday, 22 December 2010

BENGKEL 'REMAJA POSITIF' PERDA 2010 (BAHAGIAN 2)

'REMAJA POSITIF' TEAM BUILDING HIKING TRIP

AIR TERJUN TASEK LAMA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tarikh: 22hb Disember 2010 (Rabu)
Tempat: TASEK LAMA
Objektif: Membina Semangat Setiakawan dan Komunikasi Yang Berkesan
Aktiviti: Dimulakan dengan senam silat, mini hiking ke puncak bukit dan seterusnya mengadakan aktiviti-aktiviti 'team building' di sekitar kawasan Tasek Lama.

UNTUK TATAPAN SEMUA HEHEHE.........
Correction: 'goggle' = 'google'
Aktiviti 1: Naik ke puncak salah satu bukit Tasek Lama ( Mini Hiking),
[Ngalih jua eh, nda pulang jauh, tinggi ganya, dan terpaksa melawan graviti tah lagi]

'Ice breaking' semasa berada di puncak bukit (Puncak Kejayaan)


Aktiviti Mencabar Minda " Mengeluarkan Bahan Toksid"



Bergaya sedikit dengan latar belakang peserta sibuk-sibuk melihat air terjun



Aktiviti 'Human Knot' seramai 13 orang
[Lebih kurang 10min, akhirnya kami berjaya menjadi lebih 'bekulut' dari sebelumnya, hehe, namun bukan itu yang dilihat tetapi usaha dan kerjasama setiap peserta kerana berjaya berkomunikasi dengan berkesan antara satu sama yang lain]

Terima Kasih kepada semua yang terlibat khususnya kepada semua fasilitator yang merupakan sukarelawan belia Kg Penanjong, dan juga kepada peserta-peserta yang ikut serta.